HomeХобби и стильRelated VideosMore From: Seminit Resepi

6 Petua Hilangkan Jerawat Badan

44 ratings | 3585 views
Jerawat badan tak kira lelaki atau segelintir wanita mesti ada masalah ni kan. Korang tau tak punca utama jerawat badan ni sebab apa? Mungkin sebab kebersihan, faktor peluh di badan, stress ke atau lain-lain. Kita sendiri tau macam mana kita handle diri kita kan. 6 Petua Hilangkan Jerawat Pada Badan Siapa je suka ada jerawat dekat badan ni kan? Ada yang tak perasan langsung dia ada jerawat kat belakang badan sampaikan ada orang tegur baru dia tau banyakknya jerawat dekat belakang badan dia. Jadi sebelum orang lain tegur cuba check dekat cermin tu ada tak dan kalau ada cuba petua yang hn share kan ni.. 1. Gula Pengelupasan merupakan satu cara membuang kulit mati pada badan, Gunakan gula sebagai skrub ketika mandi setiap minggu atau setiap bulan kerana ia lebih lembut berbanding garam. 2. Soda Bikarbonat Campurkan 2 sudu soda bikarbonat dan sedikit air untuk dijadikan skrub hingga pekat. Sapukan campuran tersebut ke atas kulit dengan lembut kemudian bilas bersih dengan air sejuk. 3. Oren Jemur kulit oren di bawah matahari hingga kering sepenuhnya. Kemudian, kisarkan sehingga menjadi serbuk dan simpan di dalam sebuah bekas. 2 minggu sekali, tambahkan air ke atas serbuk oren tersebut dan sapukan pada jerawat. 4. Minyak Tea Tree Minyak tea tree mampu menghapuskan bakteria penyebab jerawat pada badan. Sapukannya dengan kadar secukupnya dan mengikut arahan pemakaian kerana ia boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit. 5. Ubat Gigi Ubat gigi merupakan salah satu petua menyembuhkan masalah jerawat tanpa merosakkan tekstur kulit. Sapukan sedikit ubat gigi di bahagian jerawat dan biarkan semalaman kemudian sental badan ketika mandi keesokan pagi. 6. Lemon Potong sebiji lemon kemudian perah jusnya. Campurkan dengan sedikit air dan sapu pada bahagian badan yang berjerawat menggunakan kapas atau kain bersih. Biarkan kering kemudian bilas dengan air bersih. Download aplikasi Seminit Resepi di handphone anda Android http://bit.ly/AppSeminitResepi iPhone/iOS http://bit.ly/iosSeminitResepi Website : http://seminitresepi.com
Html code for embedding videos on your blog
Text Comments (0)

Would you like to comment?

Join YouTube for a free account, or sign in if you are already a member.